Click Here!

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Saturday, February 27, 2016

SAMBAL IKAN BILIS PETAI BONDAKU




BAHAN-BAHANNYA :
  • 4 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 genggam ikan bilis
  • 30 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan
  • 5 sudu santan pekat
  • 2 papan petai dibelah dua
  • 2 sudu garam
  • 4 sudu gula
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak untuk menumis


CARA-CARANYA :
  1. Potong cili kering sebab kita tak nak kisar dengan biji cili yang terlampau banyak. Lepas potong rendam dan keramas sikit sebelum masak cili sehingga mendidih.
  2. Agak-agak cili dan kembang boleh padam api dan kisar dengan sedikit air dan letak sedikit minyak untuk hancurkan biji cili.
  3. Kisar berasingan bawang putih dan bawang merah sebab kita nak dapatkan warna yang cantik. So, jangan malas ye. Mesin je.
  4. Lenyekkan sedikit belacan atau letak sedikit air lagi ok.
  5. Masukkan 4 sudu makan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang kisar tadi sehingga garing.Kemudian masukkan 3 senduk cili kering kisar.Pastikan anda menggunakan api yang perlahan sahaja. Kacau secara kerap.
  6. Agak-agak cili makin kering, masukkan belacan dan sedikit air. Kacau lagi sehingga agak nak masak. Jika perlu masukkan 4 sudu minyak masak untuk memastikan cili masak dengan sempurna.
  7. Masukkan petai dan kacau lagi. Bila agak-agak cili dah mula pecah minyak, masukkan gula dan garam serta serbuk cukup rasa. Masukkan ikan bilis (pastikan anda rendam terlebih dahulu dalam air biasa) dan santan. Sambung kacau sampai dan masak sepenuhnya.
  8. Siap, bolehlah dihidangkan dan selamat menjamu selera.
Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama TQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Wednesday, February 17, 2016

KEK KASTARD PANDAN BONDAKU


KEK KASTARD PANDAN

BAHAN-BAHAN (A)

  • 180 gm gula kastor ~
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera


BAHAN-BAHAN (B)

  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam
  • Untuk hiasan
  • 1 cawan kelapa kering


CARA-CARANYA :

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
  3. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  4. Kacau hingga gula hancur.
  5. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
  6. Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
  7. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
  8. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  9. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  10. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  11. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  12. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
  13. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.
Tips : Makan jangan lupa baca Bismillah dan jemput saya makan.. hehe

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama TQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Wednesday, February 10, 2016

AYAM GORENG BEREMPAH BONDAKU



BAHAN-BAHAN

  • Ayam kampung atau ayam dara, siap dipotong kecil ikut suka.
  • bawang merah dan putih ditumbuk/giling bersama dengan serai kunyit hidup dan halia muda.
  • jintan manis dan putih ditumbuk halus.
  • kayu manis ditumbuk betul-betul halus/serbuk kayu manis.
  • sedikit rempah kari.
  • sedikit lada putih.
  • garam secukup rasa.

CARA-CARANYA :

  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan diatas. 
  2. Perapkan ayam yang telah digaul sebati sekurang2nya 3 jam.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng ayam yang diperap tadi sehingga garing.

TIPS :
Ayam goreng berempah ini begitu sesuai dimakan bersama nasi yang dikukus.
Ayam tersebut harus digoreng dengan api sederhana bagi mengekalkan rasa dan aroma rempah tersebut.


Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)