Click Here!

Saturday, February 27, 2016

SAMBAL IKAN BILIS PETAI BONDAKU




BAHAN-BAHANNYA :
  • 4 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 genggam ikan bilis
  • 30 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan
  • 5 sudu santan pekat
  • 2 papan petai dibelah dua
  • 2 sudu garam
  • 4 sudu gula
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak untuk menumis


CARA-CARANYA :
  1. Potong cili kering sebab kita tak nak kisar dengan biji cili yang terlampau banyak. Lepas potong rendam dan keramas sikit sebelum masak cili sehingga mendidih.
  2. Agak-agak cili dan kembang boleh padam api dan kisar dengan sedikit air dan letak sedikit minyak untuk hancurkan biji cili.
  3. Kisar berasingan bawang putih dan bawang merah sebab kita nak dapatkan warna yang cantik. So, jangan malas ye. Mesin je.
  4. Lenyekkan sedikit belacan atau letak sedikit air lagi ok.
  5. Masukkan 4 sudu makan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang kisar tadi sehingga garing.Kemudian masukkan 3 senduk cili kering kisar.Pastikan anda menggunakan api yang perlahan sahaja. Kacau secara kerap.
  6. Agak-agak cili makin kering, masukkan belacan dan sedikit air. Kacau lagi sehingga agak nak masak. Jika perlu masukkan 4 sudu minyak masak untuk memastikan cili masak dengan sempurna.
  7. Masukkan petai dan kacau lagi. Bila agak-agak cili dah mula pecah minyak, masukkan gula dan garam serta serbuk cukup rasa. Masukkan ikan bilis (pastikan anda rendam terlebih dahulu dalam air biasa) dan santan. Sambung kacau sampai dan masak sepenuhnya.
  8. Siap, bolehlah dihidangkan dan selamat menjamu selera.
Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama TQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

0 comments:

Post a Comment