Click Here!

Wednesday, February 17, 2016

KEK KASTARD PANDAN BONDAKU


KEK KASTARD PANDAN

BAHAN-BAHAN (A)

  • 180 gm gula kastor ~
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera


BAHAN-BAHAN (B)

  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam
  • Untuk hiasan
  • 1 cawan kelapa kering


CARA-CARANYA :

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
  3. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  4. Kacau hingga gula hancur.
  5. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
  6. Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
  7. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
  8. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  9. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  10. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  11. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  12. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
  13. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.
Tips : Makan jangan lupa baca Bismillah dan jemput saya makan.. hehe

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama TQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

0 comments:

Post a Comment