Click Here!

Thursday, October 8, 2015

RESEPI LASAGNA ROTI BONDAKU


Bahan-bahan :

  • 12 keping roti Gardenia
  • 200ml susu segar/full cream
  • 3 biji telur
  • 400gm daging kisar
  • sebiji bawang besar/bawang Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tin kecil Sos Spageti Cendawan Prego (warna hijau)
  • 6 biji cendawan butang (tambah ikut selera anda)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ikut tahap kepedasan)
  • 1 sudu kecil oregano/mix herbs
  • Garam secukup rasa
  • Keju mozarella untuk topping (guna Slice Cheese Cheddar)


Cara-caranya :

  1. Tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dipotong halus/ditumbuk.
  2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak/berubah warna.
  3. Masukkan sos spagetti. Setelah mendidih, masukkan cendawan butang yang dihiris.
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan oregano/mix herbs. Perasakan dengan garam.
  5. Masak hingga agak kering. Tutup api, ketepikan.
  6. Pukul telur dan susu segar/full cream.
  7. Celup roti dan susunkan ke dalam loyang kegemaran. (sapu minyak sikit pada loyang)
  8. Tabur isi daging yang dimasak tadi hingga menutupi roti.
  9. Ulang lagi langkah 7 dan 8 hingga roti dan daging habis.
  10. Taburkan cheese di atas roti lapisan terakhir. Baki susu yang ada boleh tuang atas cheese/roti.
  11. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit, suhu 220c (ikut pada oven masing2)
  12. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan
  13. Potong mengikur saiz yang anda suka dan hidangkan.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

0 comments:

Post a Comment