Click Here!

Saturday, October 31, 2015

RESEPI STEW KAMBING



Kredit kepada Raidah Resepi
Resepi stew daging yg disediakan mengikut cita rasa saya sendiri (Raidah Resepi)

Resepi ini admin RBO dah cuba dan pastinya sedap, masakan yg berkualiti juga enak.

Bahan-bahan:


  • 500gm daging lembu/kambing (bersihkan dan potong kiub)
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang
  • 1 batang lobak merah (potong dlm 1 inci)
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng (utk hiasan)
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.


Cara Penyediaan:


  1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  3. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam (kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20 minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Tips :
Saya tidak menggunakan sebarang perasa (MSG/stok ayam) dlm masakan saya. Saya menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

0 comments:

Post a Comment