Click Here!

Sunday, October 11, 2015

RESEPI MEE WANTAN CHINESE STYLE BONDAKU


BAHAN-BAHAN UNTUK MEE :

  • 1 Paket mee wantan (rebus dan toskan)
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu serbuk lada sulah / lada putih


BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :

  • 1 cawan ikan bilis tamban
  • 1 kiub ikan bilis (cap maggi)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk lumat)
  • sedikit serbuk lada sulah
  • fishball secukupnya
  • minyak untuk menumis


BAHAN UNTUK HIASAN :

  • Sayur Pak Choy (Basuh dan rebus)
  • Cendawan Fungus Hitam (rendam sehingga kembang dan dihiris halus)
  • Kulit wantan (potong 5cm persegi dan goreng garing)
  • Ayam digoreng garing (ketuk penyek)
  • Daun sup dan daun bawang (dicincang halus)


CARA-CARANYA :

  1. Tuangkan kicap, minyak bijan dan lada sulah kedalam bekas.
  2. Kemudian masukkan mee yang telah ditos dan digaul rata.
  3. Untuk sup : tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan lada sulah, masukkan air bersama ikan bilis dan kiub ikan bilis.
  4. Biarkan mendidih, jika kurang masin boleh tambah sedikit garam, kemudian masukkan fishball.
  5. Masukkan mee kedalam pinggan dan susun sayur pak choy, fungus hitam, kulit wantan goreng dan ayam.
  6. Curahkan sup panas keatas hidangan dan tabur dengan daun sup dan daun bawang.
  7. Jika ada cili jeruk lagi baik untuk tambahkan kesedapan nya..
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)


0 comments:

Post a Comment