Click Here!

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Resepi Turun Temurun #RBO

Ikuti kami di Official Facebook page "Resepi Bondaku Original" https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Tuesday, September 29, 2015

RESEPI MASAK TEMPOYAK UDANG PETAI


Bahan-bahannya :

  • 300 gram udang laut (terasa manis)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 10 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*(yang bertanda * dikisar sekali)
  • 1 helai daun kunyit
  • 250ml Santan pekat
  • 1 gelas air
  • 4 sudu besar tempoyak
  • Garam secukup rasa


Cara-caranya :

  1. Masukan bahan kisar ke dalam periuk bersama segelas air.
  2. Kemudian masukan santan dan tempoyak, kacau sehingga sebati pada kuah.
  3. Kemudiah masukan udang dan petai, serta garam
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  5. Rasa garamnya, jika tak cukup tambah secukup rasa.
  6. Kemudian masukan hirisan daun kunyit. kacau sebentar. Tutup api.
  7. Siap untuk dihidang bersama nasi putih panas.
  8. Sebelum makan baca doa makan terlebih dahulu.
  9. Selamat menjamu selera


Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Monday, September 28, 2015

RESEPI TOMYAM THAI ALA BONDAKU


Bahan bahan :

  • 1 paket perencah tomyam
  • 1 kiub pati tomyam Maggi
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 4 biji tomato
  • 6/7 cili padi  (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 3 batang serai
  • 4 daun limau purut
  • Daun Pasli (diracik untuk taburkan selepas hidangan tomyam siap)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • Lengkuas atau halia
  • Bahan rencah (ayam, udang, sotong dibersihkan dan dipotong kecil)
  • Bunga kubis
  • Carrot
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Perencah Secukup rasa
  • Gula

Cara-caranya :

  1. Kisarkan 2 ulas bawang merah, 1 btg serai, 1 1/2 tomato, 3-4 ulas cili padi, ini adalah untuk memekatkan kuah sekaligus nak kuah tu rasa masam dan pedas secukup rasa.
  2. Masukkan air untuk kuah.
  3. Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam.
  4. Kemudian masukkan carrot.
  5. Agak-agak carrot dah empuk, masukkan lebihan cili, serai yg dititik, halia/lengkuas yg dihiris, bawang besar, gula, garam. pati ayam, pati tomyam, perencah secukup rasa. Nak lagi sedap letak 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Confirm meletoppp.
  6. Bila dah mendidih boleh masukkan ayam udang sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  7. Biarkan mendidih api sederhana selama lebih kurang 10-15 min.
  8. Agak-agak ayam, udang, sotong dah masak bolehlah tutupkan api.
  9. Kemudian hidangkan bersama nasi putih panas.. umpmhhhhh
  10. Taburkan daun pasli kedalam tomyam untuk mendapatkan aroma herba terbaik.
  11. Baca doa makan dan jangan lupa jemput kami. huhuhu

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Sunday, September 27, 2015

RESEPI CEKODOK PISANG BONDAKU


Hari ini kami ingin berkongsi sedikit untuk jamuan minum petang anda semua jika beriadah bersama keluarga tersayang. Maybe resepi ni nampak simple dan x wow sangat, tapi percayalah bila rasanya yang sedap apabila dinikmati bersama keluarga tersayang di sepetang yang indah dan permai.. Wow anda bayangkanlah keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga itu terserlah. Secara tak lansung hari minggu anda menjadi lebih wowww...
Kita cuba yeeeee...

BAHAN-BAHAN :

  • 8 biji pisang emas / pisang 40 hari / pisang yang anda suka. (pisang kaki adalah dilarang hehehe)
  • 3/4 camca teh soda bicarbonat
  • 1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum (kalau nak banyak lagi gandakanlah bahan2 yang lain)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • Minyak untuk menggoreng.. Minyak masak ok (minyak petrol adalah dilarang hehehe)


CARA MEMBUATNYA :


  1. Kupas pisang, lenyek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak sekaligus sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. (Minyak berlebihan tidak baik untuk kesihatan)
  4. Sedia dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga tersayang.

Tips menarik :
Cekodok pisang ni sedap jika dimakan dengan hidangan air teh o panas nipis. (teh boh cameron) huhu.. ataupun ikut selera masing-masing..



Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Thursday, September 24, 2015

RESEPI LAI CHEE KANG BONDAKU


Sempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, saya ingin kongsikan sajian air Lai Chee Kang Bondaku untuk sajian para tetamu dan seisi keluarga.. Boleh lah cuba ye supaya dapat menjerat selera para tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Sungguh menyelerakan dan memikat hati.

Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 40 min ( hanya white fungus kena rendam lebih kurang 2 jam, so rendam awal-awal ye)

Bahan-bahannya :

  • Gula batu
  • Biji selasih - beli kat tesco, tak payah rendam
  • Buah kembang semangkuk (rendam dahulu sehingga kembang dalam air panas)
  • Buah pala
  • Kacang
  • Kurma merah kering
  • tanah tanpa kulit goreng
  • Nata de coco
  • Kulat putih (white fungus) - rendam lebih kurang 2 jam dan racik kecil
  • Barli  (rebus sehingga lembut)
  • Buah laici atau longan
  • Gula kundur
  • Kismis

Caranya :

  1. Mula2 rebus buah kurma merah kering bersama-sama daun pandan.
  2. Masukkan gula batu. Apabila gula batu dah larut,perlahankan api. 
  3. Masukkan white fungus,selasih dan buah kembang semangkuk dalam periuk tu.
  4. Kacau la sampai sebati.Padamkan api.

Cara Hidang :
Masukkan bahan yang telah direbus dalam mangkuk. Campurkan buah pala, kacang tanah, nata de coco, barli, gula kundur dan kismis. enak diminum hangat atau sejuk.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Monday, September 21, 2015

RASANYA ANIS DENGAN HISYAM AKAN BERCERAI TAK?


‪#‎mencintaimu‬ ‪#‎Mencintaimutv3‬ 
@zahirahmacwilson @sharnaazahmad ™@slotakasia.tv3

Jom Layan. tak memasak la nampaknya... Pizza Delivery. Huhu

Sunday, September 20, 2015

RESEPI AIS KRIM COFFEE MIX COKLAT KACANG EKSPRESSO


Ais Krim Coffee mix Coklat disaluti Kacang Ekspresso





Bahan-bahannya :

  • 2 cawan susu penuh krim
  • 1 1/4 cawan krim berat
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 2/3 cawan gula
  • 1/4 cawan biji kopi
  • 3 sudu besar keju krim, pada suhu bilik
  • 1/4 cawan coklat (dicincang halus)
  • 1/4 kacang espresso (dicincang halus)
  • Garam secukupnya (jgn byk2 nanti darah tinggi)


Cara membuatnya :

  1. Sukat 2 cawan susu,kemudian ketepikan 2 sudu besar susu di dalam mangkuk kecil berasingan dan ketepikan. 
  2. Gabungkan baki susu yang banyak tadi bersama, krim, dan gula didalam periuk sederhana. 
  3. Panaskan dengan api yang sederhana, Kacau untuk larutkan gula, masak ia hingga mendidih, kemudian tutup api.
  4. Kisar biji kopi sehingga halus, kemudian masukkan kedalam campuran susu yang dimasak tadi, tutup dan biarkan selama 25 minit.
  5. Kemudian tapiskan serbuk kopi menggunakan penapis halus dan biarkan susu yang dicampur kopi didalam periuk.
  6. Kemudian letakkan tepung jagung kedalam cawan, masukkan 2 sudu besar susu tadi dan gaul sehingga rata.
  7. kemudian perlahan-lahan masukkan tepung jagung itu kedalam campuran susu didalam periuk. 
  8. Buka api sederhana dan panaskan kembali periuk dan masak sehingga mendidih. 
  9. Rebus selama lebih kurang 1 minit, kacau selalu, sehingga campuran kental. Tutup api dapur.
  10. Gabungkan keju krim dan sedikit garam di dalam mangkuk besar dan pukul sehingga disebati. 
  11. Tuangkan campuran susu panas, gaul sehingga sebati sepenuhnya kemudian tutup dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga benar-benar sejuk.
  12. Setelah campuran susu itu benar-benar sejuk, tuangkan ke dalam pembuat ais krim dan proses mengikut arahan pengeluar. 
  13. Masukkan kacang espresso yang dicincang. Kemudian pindahkan ais krim kedalam bekas kedap udara dan bekukan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.
  14. Selesai dan bolehlah menjamu selera.. jangan lupa baca doa sebelum makan..

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Saturday, September 19, 2015

RESEPI AIS KRIM COKLAT SIMPLE BONDAKU







Bahan-bahan :
  • 1 Coklat 3.5 auns
  • 1 tin susu pekat manis
  • 2 cawan krim berat

Cara Membuatnya :

  1. Pecah-pecahkan bar coklat menjadi ketulan dan letak di dalam mangkuk kaca ketuhar gelombang mikro. 
  2. Panaskan coklat, berhenti dan kacau coklat setiap 30 saat, sehingga cair dan licin. 
  3. Tuangkan susu pekat manis ke dalam coklat dan kacau perlahan-lahan, kemudian biarkan ketepi.
  4. Letakkan krim berat di dalam mangkuk besar dan dengan menggunakan pengadun elektrik kacau krim sehingga sebati dan sekata.
  5. kemudian masukkan coklat yang diadun tadi ke dalam krim tersebut dan kacau sehingga sebati dan warna bersatu diantara krim dan coklat tersebut.
  6. Apabila sebati masukkan campuran tersebut ke dalam bekas kedap udara dan penutup.
  7. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam.
  8. Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera.
  9. Jangan lupa baca doa sebelum makan dan jangan lupa jemput kami. Huhu

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

RESEPI MASAKAN KOREA STYLE BONDAKU

RESEPI KIMCHI HALAL SUPER DUPER


Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 5 jam (tidak termasuk proses menyimpan kimchi) peram.



Bahan bahan :
  • 1 batang Lobak putih (Daikon)
  • 2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
  • 1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
  • 2 batang Lobak merah
  • Dua pokok Daun bawang
  • Secekak Daun kucai
  • Dua biji Bawang besar holland


Cara membuat :
  1. Potong kobis saiz 4 segi, Sederhana besar, Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. 
  2. kemudian gaulkan dengan garam, Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. 
  3. Masukkan dalam mangkuk, kemudian tindih dengan benda berat dan biarkan selama 4 jam.
  4. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis dan jadi layu, Basuh dan perah sebanyak 3 kali (Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh)
  5. Kemudian gigit sikit kobis tu, kalau masin sangat bilas lagi.
  6. kemudian lobak dipotong memanjang ikut saiz batang mancis. 
  7. Bawang holland itu dihiris bulat bulat kemudian ketepikan. 

#Sementara tunggu kobis diperap dengan garam selama 4 jam, sediakan bahan untuk paste


Bahan-bahan untuk paste :

  • 1 cup korean chilli flake (brand Bidan, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tiada, boleh gunakan serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)
  • * Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
  • * Dua biji apple merah
  • * Sebiji bawang besar holland
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia 
  • ** 1/4 cup Sos ikan
  • ** 4 sudu besar Tepung pulut
  • ** Air


Cara-cara membuat paste kimchi :


  1. Blender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. 
  2. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu gula.
  3. Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut.
  4. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih, jika pekat sangat tambah sedikit air dan jangan terlalu cair.
  5. Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.
  6. Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi dan masukkan kobis yang dah diperap tadi. (Gaul rata) Kemudian masukkan ke dalam bekas, tutup rapat dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. 
  7. Jika dah ada buih-buih, itu tandanya dah jadi (jika anda suka masam biarkan lagi sehingga masam. 
  8. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Tips :

  • Jika nak mudah sila gaul gunakan dulang atau mangkuk loyang yang besar.
  • Adunan Kimchi ni memang boleh dapat sedulang.
  • Kimchi paling sedap jika dibiarkan lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Lagi power!!! umpmmmhhhh


Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Friday, September 18, 2015

RESEPI MEE UDANG SPECIAL BONDAKU


Disediakan oleh : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 60 min

Bahan bahan:
  • 6 ekor udang besar (udang sekarang dah mahal, klu nak tambah terpulang)
  • 6 ekor udang kecil buang kulit (klu x buang kulit lagi manis)
  • 2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato buah
  • 1 biji ubi kentang - rebus
  • Garam, gula, serbuk perasa (lada sulah amat sesuai)
  • sos tomato (2 senduk kecil)
  • sos cili (1 senduk kecil)


Bahan hiasan:
  • telur - direbus (brp byk ikut suka)
  • sawi - dicelur
  • cili merah - dihiris halus
  • bawang goreng
  • daun bawang - dihiris halus
  • Mee - dicelur


Cara cara:
  1. Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
  2. Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu dan tomato hingga halus.
  3. Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  
  4. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa (lada sulah)
  5. Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
  6. Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
  7. Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. 
  8. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.
  9. Baca doa sebelum makan dan jangan lupa untuk jemput kami makan bersama.. ngeeeee

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Thursday, September 17, 2015

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT ALA BONDAKU



Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Sotong Goreng kunyit ala bondaku. Resepi ini asalnya saya ambil dari buku Resepi Sheila Rusly, cuba masak sendiri dan saya berpuas hati sebab sedap. Jadi saya membuat beberapa perubahan untuk mendapatkan lagi umpmhhhh ikut selera saya. Sis2 semua boleh lah cuba ye, kalau sedap bagitau tapi kalau tak sedap buat diam je... ngeeee

Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 30 min

Bahan-bahan :

  • 7 ekor sotong saiz sederhana (dibersihkan dan potong ikut selera)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 10 tangkai cili Padi (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Kacang buncis 7 - 8 ulas
  • Minyak masak secukupnya
  • Limau nipis
  • Serbuk pati ikan bilis Maggi
  • Garam dan kunyit secukup rasa


Cara-cara :

  1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam
  2. Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  3. Jika ada lebihan minyak tuangkan di dalam bekas. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  4. Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya.
  5. Masukkan pula sotong yang telah digoreng, bawang besar dan kacang buncis. Gaulkan seketika sehingga sotong masak sepenuhnya.
  6. Akhir sekali tutup api dan sedia dihidangkan.

Tips :

  • Boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan kobis bunga. (ikut selera)
  • Memang sedap dimakan bersama dengan nasi panas. Walaupun nama resepi nya nampak berapi iaitu cili padi, tapi rasanya takdalah pedas sangat pun. Cuma rasa pedas sikit dan masam-masam sikit. Kalau korang nak pedas lagi gandakan cili padi.


Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Wednesday, September 16, 2015

RESEPI KEK LAPIS SARAWAK SUPER DUPER




Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 3 - 4 jam

BAHAN-BAHAN 1 :

  • 100g Gula Halus
  • 200g Jem Nenas
  • 450g Butter
  • 30g Ovalete
  • 300g Susu Pekat Manis


BAHAN-BAHAN 2 :

  • 10 biji Telur Gred A


BAHAN-BAHAN 3 :

  • 280g Tepung Hong Kong


BAHAN-BAHAN 4 :

  • Pewarna Merah, hijau dan kuning


CARA-CARANYA :


  1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
  3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
  4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Cara-Cara melapis:-
  1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
  2. Alaskan dengan kertas minyak.
  3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
  4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
  5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
  6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
  7. Sapu sedikit butter di atas nya.
  8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.
TIPS:
 Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
Untuk mendapatkan rasa yang sedap, jangan lupa ajak kami makan.
huhu.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

RESEPI PASTA ARRABIATA BONDAKU STYLE

Pasta Arrabiata 

Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 60 min

Bahan-bahan :


  • Olive oil
  • 3 ulas bahan putih - dicincang halus
  • 2 helai cabai kering- dicincang halus
  • Pasta (spagheti/penne/vermicelli)
  • Sosej/ayam/seafoods - ikut suka
  • Sos Prego Tradisional/ tomato ceri (chopped)/ 1 tin chopped tomato
  • Garam
  • Freshly ground black pepper
  • Basil
  • Parmesan cheese

Cara memasak :
  1. Masak pasta sehingga lembut. Toskan. Air rebusan pasta mestilah masin, Simpan sikit air pasta.
  2. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih dan cabai kering sehingga wangi (jgn sehingga hangit nanti rasanya pahit)
  3. Masukkan bahan mentah (sosej/ayam/seafoods), tambah sedikit air rebusan pasta jika terlalu kering.
  4. Kemudian masukkan Sos prego tradisional. Resepi arrabiata yang asal gunakan tomato ceri. Jika anda gunakan tomato, masukkan tomato yang telah dipotong. Masak sehingga sos menjadi pekat. Boleh adjust kepekatan sos dengan air rebusan pasta.
  5. Masukkan garam dan black pepper. Biasanya saya tak masukkan garam dah sebab dah gunakan air rebusan pasta.
  6. Masukkan basil.
  7. Masukkan olive oil pada sos. Ia memberi rasa yang lebih pada sos dan memberi kilatan bila digaul dengan pasta.
  8. Gaul dengan pasta. Taburkan parmesan cheese.
  9. Bolehlah dihidangkan dan selamat menjamu selera, slurpppp


Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Monday, September 14, 2015

MEE KOLOK SUPER SEDAP BONDAKU

CUBA, TEST, TRY SUPER SEDAPPPP!


Disedikan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 60 min
Bahan-bahan :

  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka

Cara-cara memasak step by step :

UNTUK SUP : 

  • Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).

UNTUK MEE:

  • Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.

UNTUK SAMBAL :

  • Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara Menghidang :

  • Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

Tips kalau nak lebih heaven mi kolok anda :
Tambahlah bahan-bahan dibawah (pilihan admin kerang dicelur 1/2 masak) perghhhhhh mantap!
taugeh / sawi / fishball / fishcake / crabstick / prawns / isi ayam (tapi rebus / celur dulu ok)

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

MEE BANDUNG MUAR ORIGINAL BONDAKU


Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 60 min Bahan-bahan : Di mesin
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (dipotong & celur hingga lembut) 
  • segenggam kacang tanah (digoreng dan dimesin halus)
  • 10 keping biskut marie (dihancurkan kemudian mesin sekali dengan kacang tanah)
  • 1 paket udang kering (2 sudu besar) ~ (dimesin sekali dengan kacang tanah)  
  • 300 gram daging (potong nipis & rebus sampai empuk)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu sos tomato
  • 4 sudu sos cili
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)
  • Garam secukup rasa  
  • 2 sudu besar gula
  • air secukupnya
  • 1 ikat sawi dicelur (campurkan terus sayuran dalam kuah)
  • 1 bungkus mee kuning (dicelur)
  • limau kasturi (potong 2 untuk tambahan hidangan)
  • daun sup (tambahan hidangan)
  • tauhu goreng (tambahan hidangan)
  • bawang goreng (tambahan hidangan)

Cara-cara:
  1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
  2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya & terbit minyak.
  3. Masukkan 2 mangkuk air, kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
  4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa. Masukkan daging yang siap direbus berserta air rebusan.
  5. Kacau rata semua bahan dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
  6. Setelah telur masak, bolehlah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk.
  7. Sedia dihidangkan
  8. Sebelum makan baca doa dulu.
Tips :
Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing-masing. Lagi pekat kuah lagi umpmmhhh rasanya.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Saturday, September 12, 2015

Masak Lemak Cili Api Ikan keli Salai Bondaku

Buat sesiapa yang pernah pergi ke Kuala Pilah melalui jalan Seremban - Kuala Pilah, pasti akan dapat banyak kedai yang menjual ikan keli salai, itik salai dan macam-macam yang tersalai. Banyak juga kedai-kedai makan yang menjual juadah yang enak-enak seperti gulai daging salai, berbagai jenis masak lemak cili api.
Hari ini kami ingin kongsikan bagaimana ingin memasak Resepi masak lemak cili api keli salai bondaku. Original hanyalah dari Resepi Bondaku Original.





BAHAN-BAHAN :
  • 1 kilo ikan keli salai 
  • 5 cawan santan pekat 
  • 3 batang serai (dititik)
  • 2 keping asam keping
  • 2 biji tomato (dibelah dua) ataupun belimbing buluh (dibelah dua)




BAHAN DITUMBUK LUMAT : 
  • 10 biji cili api 
  • 4 cm kunyit hidup 
  • garam secukup rasa 


CARA MEMASAK : 

  1. Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak kemudian masukkan asam keping dan kacau lagi. 
  2. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan salai , biarkan ikan keli menjadi lembut serta boleh la dimasukkan tomato yang dah di belah 2 tadi , biar tomato layu sikit dan boleh la ditutup api dapur.
  3. Bolehlah dihidangkan.
  4. Baca doa makan dan jemputlah kami makan,

Tips :
Untuk mendapatkan masakan yang betul-betul sedap dan original bolehlah mencuba dengan menggunakan dapur kayu. Memang TIPTOP.. Di akui oleh aku dan bondaku.. Perghhhhhh



Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Friday, September 11, 2015

Cara nak buat steak yang sedap dan mudah!

Buat Beef Steak yang mudah dan sedap

Kali ini kami ingin kongsikan bagaimana untuk membuat steak yang sedap dan mudah. So lepas ini bolehlah berjimat cermat dengan hanya memasak sendiri steak yang sedap dan enak. Ditambahkan lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang begitu menekan dan kos-kos makanan meningkat dengan drastik. So apalagi inilah masanya kita berjimat cermat dengan memasak sendiri dirumah dengan resepi-resepi yang sedap dan lazat.

Selamat mencuba,


Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

KUZI AYAM TANGKAP LELEH ALA BONDAKU


Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 60 min

Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam
  • 1 tin susu cair
  • 1 botol tomato sos
  • 4 labu bawang besar
  • 1 biji asam limau nipis
  • 15 biji buah badam
  • 100g kismis
  • 1 tin kecil minyak sapi untuk menggoreng
Bahan Untuk Rempah :

  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh jintan putih
  • 2 sudu teh biji piun (kas-kas)
  • 1 biji cabai
  • 2 kelopak bunga lawang
  • 1 hiris buah pala
  • 1/2 inci halia putih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji cili kering
  • 2 inci halia
Bahan Untuk Gaul Pada Ayam:
  • 1 sudu teh zat paran (saffron)
  • 1 kelopak bunga pala
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit garam
CARA-CARANYA:
  1. Ayam dipotong (ikut pilihan anda) dan dibersihkan.
  2. Bawang putih, zat paran, bunga pala, dan sedikit garam ditumbuk dan digaul pada ayam dan diperapkan selama 15 minit supaya meresap ke dalam ayam.
  3. Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minya, digiling hingga lumat ( kering ).
  4. Buah badam direndam dengan air panas dan dibuang kulitnya, dipotong kecil-kecil dan digoreng.
  5. Bawang besar dipotong nipis, digoreng hingga kuning dan diramas.
  6. Ayam yang diperapkan tadi hendaklah digoreng separuh masak dan diangkat.
  7. Masukkan ayam, susu cair, tomato sos, bawang besar, kismis dan rempah-rempah yang digiling ke dalam periuk.
  8. Perahkan asam limau nipis dan kacau hingga sebati.
  9. Masukkan juga minyak baki menggoreng ayam tadi.
  10. Jerang di atas api yang sederhana hingga masak.
  11. Perlahankan api biar naik baunya dan menjadi pekat. ( kuahnya tidak banyak)
  12. Dah selesai bolehlah dihidangkan
  13. Sebelum nak menjamu selera bacalah doa ye, supaya lebih berkat. 
  14. Selamat menjamu selera

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)
https://www.facebook.com/resepibondakuoriginal

Thursday, September 10, 2015

PENCULIK KANAK-KANAK VAN PUTIH DAH KENA TANGKAP

JOM SEPAKAT BANTERAS JENAYAH



Kanak-kanak ini selamat dari penculikan VAN PUTIH
Resepi Bondaku Original mohon maaf kerana lari tajuk sikit berkenaan berita yang VIRAL menular di negara kita kebelakangan ini. Admin amat teruja apabila penculik kanak-kanak VAN PUTIH yang selalu dikaitkan penculik kanak-kanak organ itu dapat diberkas hasil keberanian rakyat MASAI JOHOR.
Jika kita semua sepakat dan mengambil berat diatas kejadian, bersama-sama kita membanteras jenayah ini. Kisah dan tauladan ini kita jadikan batu sempadan agar lebih berhati-hati dimasa hadapan.
Admin percaya yang semua pembaca ini amat sayangkan keluarga anda, dan sama-samalah kita menjaga satu sama lain. Bak kata orang putih 'what goes around comes around', jika hari ini kita bantu keluarga orang lain, esok-esok orang lain pula akan bantu keluarga kita dan begitulah sebaliknya.

VAN PUTIH

Tahniah dan kita mengharapkan semua rakyat di Malaysia khususnya berani tampil memberi bantuan bagi membanteras jenayah memperdagangkan manusia sebegini. Apa yang sedih sekali penculik ini adalah Rakyat Malaysia sendiri yang berbangsa cina dari Sarawak.

PENCULIK VAN PUTIH
Apapun tahniah lagi sekali diucapkan pada rakyat masai yang prihatin mengejar VAN PUTIH tersebut hingga tertangkap dan PDRM juga turut sepantas kilat memberi bantuan. Sikap begini yang harus kita pupukkan kedalam hati nurani bagi sama-sama membanteras kegiatan ini.
Semalam, lagi berita menggemparkan apabila seorang lagi kanak-kanak berumur 11 tahun dari Felcra Bt.9 Sijangkang diculik, dirogol dan dibunuh. Masih banyak lagi kes sebegini berlaku dan kekerapannya amat membimbangkan. Jenayah itu pula dilakukan oleh warga asing dari kemboja kata sumber.
Jadi sebagai ibubapa marilah kita bersama-sama cuba untuk membanteras jenayah yang tak berperikemanusiaan ini demi menjaga martabat Agama dan Tanahair tercinta.
Kebanyakkan lelaki PATI dan pekerja asing di negara ini tinggal di negara ini tanpa pasangan mereka. Begitu juga ancaman dari penagih dadah, duda, lelaki gila seks yang tidak berkahwin, pemabuk dan sumpamanya. Itu tidak termasuk orang gila PEDOFILIA yang memang anak kecil menjadi minat mereka. Adakalanya mereka mungkin tidak dapat menahan nafsu, untuk menggoda wanita dewasa mungkin sukar berhasil. Untuk memperkosa wanita dewasa banyak pula risikonya. Oleh itu pilihan yang ada pada mereka adalah dengan memperkosa anak-anak kecil kita yang tidak mampu melawan.
Oleh itu, didiklah anak perempuan kita dari kecil agar sentiasa menutup aurat dan tingkah laku mereka serta pergaulan.
Ingatlah bahawa pemangsa sentiasa 'mengintai' gerak-geri anak-anak kita untuk mencari peluang memerangkap mereka.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
DOA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK KITA SEMUA.
GAMBAR KEJADIAN

Good JOB and #kipidap #dongibab #jombanterasjenayah

Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)


Wednesday, September 9, 2015

NASI ARAB MANDY BONDAKU

Nasi Arab Mandy ala Bondaku







































Bahan-bahan A (untuk ayam)

- 1 ekor ayam (potong ikut pilihan) sila cuci bersih
- 1 sudu besar lada hitam biji
- 1 sudu besar jintan manis biji
- 1 sudu besar ketumbar biji
- 1 sudu besar jintan putih biji
- 2 inci halia diketuk-ketuk
- 2 biji bawang merah (dibelah 6)
- 1 biji bawang putih ( diketuk-ketuk dgn kulit)
- 3-4 helai daun Bay
- 1 sudu kecil garam halus
- 7-8 cawan air ( agak-agak)
- rempah 4 macam (bunga cengkih, pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)

Cara memasak ayam :

1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak sehingga empuk
2. Sesudah ayam empuk sila angkat dan alihkan ke bekas lain.
3. Toskan ayam kedalam bekas lain, tapiskan air rebusan itu kedalam bekas dan buangkan semua rempah-rempah yang terkandung. (air rebusan ayam itu hendak digunakan untuk memasak nasi)

Bahan-bahan B (untuk nasi)

- 6 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendamkan 1 jam)
- kemudian toskan beras basmati tersebut
- 7 cawan air rebusan ayam ( jika tak cukup sila tambah air)
- rempah 4 macam (bunga cengkih, pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
- 1/2 cawan susu cair (pilihan carnation) ada umpmmhhh
- 50g butter, untuk menumis
- 2 helai daun pandan disimpulkan
- 1 kiub ayam (pilihan adabi atau knorr)
- 1/2 sudu kecil kunyit
- pewarna kuning
- sedikit daun pudina

Cara memasak nasi :

1. panaskan periuk dan cairkan butter untuk menumis
2. tumiskan rempah 4 macam dan daun pandan sehingga naik bau wangi
3. masukkan air rebusan ayam, susu cair, kiub ayam dan kunyit serbuk
4. masukkan beras basmati dan kacau serata. Apabila hampir kering sila kacau nasi tersebut sekali-sekala.
5. apabila nasi kering, titikkan pewarna kuning ke serata nasi.
6. kecilkan api dan tunggu sehingga nasi masak sepenuhnya
7. apabila nasi sudah masak, gemburkan dan sambil masukkan daun pudina yang akan membangkitkan aura dan aroma nasi tersebut.
8. sudah sedia untuk dihidangkan
9. sebelum makan baca doa terlebih dahulu.
10. amalkan pemakanan halal dan thoyiban.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Resepi Ayam Goreng Korean Style (Yangnyeom Tongdak)

Resepi Ayam Goreng Korean Style (Yangnyeom Tongdak)

Disini admin ingin sharekan sedikit resepi masakan korean style. Jadi tidak perlulah sis2 semua pergi ke korea untuk makan makanan korea. Buat sendiri dengan menggunakan resepi dari kami,



Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 45 min

Bahan-bahan (Ayam Goreng) :
  • 6 - 7 ketul ayam (potong-potong tiap sendinya)
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 inci halia dicincang halus
  • 1/2 sudu kecil garam (secukupnya)
  • 1/2 sudu kecil lada serbuk (secukupnya
  • 5 sudu besarTepung kentang / tepung jagung (agak-agak ok)
  • Minyak masak (secukupnya untuk menggoreng)

Bahan-bahan untuk sos :
  • 1 biji tomato, dikupas kulit dan dicincang halus
  • 2 sudu besar sos tomato (brand maggi pun sodap)
  • 3 biji cili padi, dihiris nipis (kalau ingin pedas, tambah ok....Siapa makan cili dia terasa pedas)
  • 2 sudu besar sos cili (brand maggi pun sodap)
  • 2 ulas bawang putih, dicincang.
  • 2 sudu kecil gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 40 gram madu / boleh gunakan 2 buah madu sanchet kemasan 20 gram
  • Bijan secukupnya

Air cuka (campur) :
  • 3 sudu besar air masak
  • 15-17 titis cuka masak
Cara memasak ayam goreng : 
  1. Campurkan semua bahan kecuali tepung, gaulkan serata, biarkan selama 10-15 minit. 
  2. Balutkan tiap potongan ayam itu dengan tepung dan gaulkan serata agar melekat seluruhnya.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam menggunakan api kecil dengan minyak menutupi semua bahagian ayam (deep fry) hingga permukaan / kulit ayam garing -/+ 10minit. 
  4. Besarkan sedikit api dapur, goreng kembali ayam hingga warna coklat keemasan dan garing kemudian Angkat. 
  5. Toskan minyak.

Cara memasak sos : 
  1. Tumiskan bawang putih dan cili padi, goreng hingga bawang warna coklat,
  2. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato dan air cuka yang dicampur tadi, masak hingga air berkurang. 
  3. Masukkan madu, gula, garam dan masak hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam goreng tadi dan sedikit bijan kemudian gaul sehingga rata, 
  5. Kemudian angkat dan bolehlah disajikan.
  6. Taburkan bijan lagi diatas hidangan ayam goreng supaya mendapat aroma yang baik.
  7. Bolehlah menjamu selere korea tanpa pergi ke korea pun
  8. Jangan lupa baca doa ok.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Tuesday, September 8, 2015

Masak Lemak Cili Api N9 Bondaku Style

Masak Lemak Cili Api N9 Bondaku Style

Masakan ini adalah original pure Negeri Sembilan style.

Penyediaan : 30 - 40 min
Sajian : 4 orang

Bahan-bahan :

  • Kunyit   (3 inci) agak-agak kuning warna kuah.
  • Cili Api (20 ulas) ikut kemampuan makan pedas atau tidak
  • Serai     (3 btg)
  • Garam Kasar (Secukupnya) 
  • Santan  (2 biji kelapa)
  • Ketam  (8ekor)
  • 1 biji timun (dipotong 3 inci panjang petak dadu)

Cara-cara memasak :
  1. Kunyit, Cili Api, Serai dan Garam Kasar secukup rasa ditumbuk sehingga lumat. *Garam Kasar digunakan supaya ramuan mudah ditumbuk.
  2. Kemudian, santan yang sudah diperah dimasak di atas dapur bersama-sama ketam dan bahan-bahan yang ditumbuk sebentar tadi. 
  3. Masak di atas dapur selama 20- 30 minit. Dalam pada itu, pastikan anda tidak membiarkan Masak Lemak Cili Api tersebut terbiar begitu saja. Api di pasang pada kadar sederhana. Pastikan Masak Lemak Cili Api tersebut dijaga dan dikacau supaya Masak Lemak Cili Api tersebut tak over menggelegak sampai tumpah demi menjaga kualiti rasa.
  4. Kemudian masukkan timun dan biarkan selama 5 minit. (timun adalah pilihan dan ikut selera anda) kalau tidak letak pun tidak mengapa.
  5. Bolehlah dihidangkan.
  6. Sebelum makan jangan lupa baca doa makan dan selawat. Lebih berkat

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Sunday, September 6, 2015

Resepi Spagheti Bolognese Bondaku Style

Kepada penggemar makanan itali bolehlah cuba resepi kami yang simple dan mudah tetapi amat sedap dan lazat. Kami akan kongsikan lagi resepi-resepi yang menarik. Ikuti blog kami.























Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan - 40 minit
Hidangan - 4 orang

Bahan-bahan :
  • 300-400 gram (10,5-14 auns) daging lembu
  • 1 biji bawang merah ( dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 biji tomato
  • 1  genggam lada (dihiris) pilihan samada nak pedas atau tidak
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 300 gram (10.5 auns) spagheti

Cara Memasak :
  • Potong daging menjadi ketulan dan basuh sehingga bersih kemudian masukkan ke dalam kuali besar dan masak dengan api yang tinggi sehingga perang.
  • Kemudian masukkan bawang  merah dan bawang putih yang dipotong dan biarkan sehingga coklat(naik bau)
  • Kemudian tambah lada yang telah dipotong dan tutup permukaan kuali dengan tudung. Biarkan ia selama 5 minit.\
  • Kemudian kacau perlahan-lahan dan, jika bersedia, masukkan tomato tin, kiub stok lembu  dan tomato puri.
  • Letakkan tudung semula dan Gunakan api yang rendah.\
  • Gunakan kuali lain dan masukkan air untuk merebus spagheti, perlahankan api sedikit. Biarkan sehingga spagheti itu sehingga lembut dan masak.
  • Jika sos bolognese siap, toskan air mendidih dari spagheti dan meletakkan spagheti di atas pinggan.
  • Kemudian tuangkan sos bolognese itu  di atas spagheti itu tadi dan anda sudah menyediakan Spagheti Bolognese Italian ala Bondaku. 
  • Jika anda sukakan sayur-sayuran bolehlah tambah mengikut selera anda.
  • Baca doa sebelum makan. :)

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Resepi Kerabu Campur Bondaku XoXo


Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 30 min

Bahan-bahan :
  • Kobis cina(kobis panjang) – dihiris halus (lebih kurang 4 genggam)
  • 4 helai daun bawang – dihiris halus
  • 1 biji lobak merah – dikupas dan dihiris halus
  • 1 cawan taugeh
  • 1 cawan perut (yang sudah direbus) ikut selera anda
  • 7 biji kacang pea
  • beberapa helai daun ketumbar
  • ¼ cawan minyak masak
  • 3 biji limau – diambil jus
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar minyak bijan
Cara penyediaan :

1. campurkan kobis cina,lobak,taugeh,kacang pea,daun ketumbar di dalam mangkuk

2. campurkan minyak masak,jus limau,gula dan minyak bijan di dalam mangkuk lain – kacau hingga sebati

3. tuangkan campuran minyak ke dalam campuran kobis – Kemudian Masukkan perut yg sudah direbus dan kacaukan sehingga rata

4. perasakan dengan garam atau lada hitam

5. siap untuk dihidangkan

6. Jangan lupa baca doa sebelum makan.😊😊😊

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

Friday, September 4, 2015

Resepi Spagheti Carbonara

Bagi penggemar makanan Itali dan peminat spaghetti bolehlah mencuba resepi yang ternyata amat mudah dan sedap sekali. So ringan-ringankanlah jari jemari untuk share resepi yang disediakan ini ye. Ilmu kalau dikongsi dan memberi manfaat kepada semua adalah lebih diberkati.

RESEPI SPAGHETI CARBONARA
Cuisine / Masakan: Itali
Prep time / Masa penyediaan : 10 mins Cook time / Masa memasak: 15 mins Total time / Jumlah masa : 25 min
Serving for / Sajian untuk : 5 orang

BAHAN-BAHAN :
  • 1 paket spaghetti kering (500g)
  • 2 sudu besar minyak zaitun extra-virgin
  • 6 hiris Hirisan Ayam Figo, dipotong kecil
  • 12 – 14 biji cendawan butang atau Swiss Brown segar, dihiris
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 cawan parutan keju Parmesan (juga dikenali sebagai Parmaigiano-Reggiano dalam bahasa Itali)
  • 2 biji telur QL Deli Fresh
  • ¼ cawan krim putar (whipping cream)
  • Lada hitam yang dikisar segar
  • Garam secukup rasa
  • Parsli Itali sebagai perhiasan (terpulang)
CARA-CARA :
  1. Masak spaghetti di dalam air mendidih dengan ¼ sudu teh garam mengikut langkah memasak di paket. Ianya penting untuk menyediakan sos semasa pasta sedang dimasak kerana anda memerlukan pasta yang panas untuk meneruskan pemasakan telur mentah dalam campuran sos.
  2. Bila spaghetti hampir masak, panaskan minyak zauitun di kuali atas api sederhana. Gorengkan bawang putih, hirisan cendawan dan Hirisan Ayam Figo selama 3 – 4 minit sehingga cendawan masak.
  3. Pukulkan telur, keju Parmesan dan krim dalam mangkuk sehingga sebati. Tambahkan garam dan lada hitam untuk rasa.
  4. Salirkan spaghetti sehingga kering dan gaulkan dalam kuali selama 2 – 3 minit dengan menggunakan sepasang penyepit. Biarkan air panas di periuk untuk mencairkan sos carbonara nanti.
  5. Matikan api kuali dan tuangkan campuran telur/keju/krim ke atas pasta, dan gunakan penyepit untuk gaulkan spaghetti sehingga campuran telur memekat tetapi tidak menggumpal. (anda mesti memastikan api ditutup dahulu untuk mengelakkan sos carbonara dari menggumpal)
  6. Cairkan sos dengan 1 – 2 sudu besar air rebusan pasta jika perlu.
  7. Hidangkan dengan serta merta, ditabur dengan parutan keju Parmesan tambahan dan lada hitam kisar jika suka. Hiaskan dengan parsli Itali.
Tips :
  • Anda boleh gunakan jenis pasta lain seperti linguine atau fettuccine untuk menggantikan spaghetti.
  • Anda boleh memasak sos carbonara tanpa menggunakan krim, atau gantikan dengan susu jika suka.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)
Kredit : QL Chef