Click Here!

Thursday, September 3, 2015

Rendang Daging Minang Bondaku

RENDANG DAGING MINANG BONDAKU

Rendang Daging Minang, penyediaannya cukup mudah, ringkas dan yang paling utama rasanya sangat sedap! Kami sediakan resepi rendang ini untuk tatapan semua dan kongsikan. Di sebabkan musim perayaan dan ramai yang tengah mencari idea untuk menghidangkan pada tetamu, apa kata cuba resepi Rendang Daging Minang ni.

Jom kita cuba lihat resepinya dibawah :
Rujukan : Juadah Warisan Nenek
Penyediaan : 40 min

Bahan-bahannya :

  • 600 gm daging batang pinang
  • 40 gm kerisik
  • 4 helai daun limau perut ~ di siat-siat
  • 2 helai daun kunyit ~ di mayang halus
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 liter santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 buku gula melaka


Bahan untuk dikisar :

  • 6 ulas bawang merah ~ kisar
  • 3 ulas bawang putih ~ kisar
  • 1 inci kunyit hidup ~ kisar
  • 1 inci halia ~ kisar
  • 2 batang serai ~ kisar
  • 1/2 inci lengkuas ~ kisar
  • 15 tangkai cili padi ~ kisar


Cara-caranya :

  1. Satukan semua bahan kisar di dalam kuali bersama santan, masak sambil di kacau rata.
  2. Bila dah didih masukkan daun limau perut dan daun kunyit.
  3. Masak hingga naik aroma harum.
  4. Masukkan daging dan biarkan ia merenih sehingga daging empuk, jika tidak guna daging batang pinang (sila rebus dahulu didalam periuk berasingan sehingga empuk sekitar 2 jam) patah gigi nak menggigitnya nanti.
  5. Masaklah hingga kuah mendidih.
  6. Perlahankan api, masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan kerisik dan kacau perlahan-lahan.
  8. Perlahankan api dan biarkan kuah masak hingga pekat. 
  9. Sedia untuk di hidangkan.
  10. Baca doa makan sebelum makan. :)



Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : Resepi Bondaku Original
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

0 comments:

Post a Comment