Click Here!

Friday, September 4, 2015

Resepi Siakap Tiga Rasa Bondaku

Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Bondaku














Buat tatapan semua, bagi penggemar makanan laut ikan siakap adalah tidak asing lagi menjadi hidangan yang menyelerakan dan boleh didapati hampir semua restoran-restoran di Malaysia khususnya. Memandangkan dengan keadaan inflasi yang melambung tinggi, harga ikan siakap bagi setiap hidangan di restoran-restoran agak melonjak harganya akhir-akhir ini.
Apakata kita cuba masak sendiri di rumah dengan mencuba resepi yang disediakan. Ikan siakap segar boleh didapati di pasar-pasar sekitar kawasan anda,
*Tips - kalau di Pasaraya Econsave ikan siakap seekor sekitar RM7 - RM9 sahaja.


Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 30 min

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
  • 100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sudu besar minyak masak – untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi ( jika nak pedas, tambah lagi)

Bahan-Bahan Sos:
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos plum – guna sos ikan
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar jus limau nipis/lemon
  • 1 sudu kecil kicap manis
Cara Memasak:


  1. Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.
  2.  Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
  3. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
  4. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  6. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
  7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya blog ini lebih aktif di New Feed anda.)

0 comments:

Post a Comment