Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Sotong Goreng kunyit ala bondaku. Resepi ini asalnya saya ambil dari buku Resepi Sheila Rusly, cuba masak sendiri dan saya berpuas hati sebab sedap. Jadi saya membuat beberapa perubahan untuk mendapatkan lagi umpmhhhh ikut selera saya. Sis2 semua boleh lah cuba ye, kalau sedap bagitau tapi kalau tak sedap buat diam je... ngeeee
Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 30 min
Bahan-bahan :
- 7 ekor sotong saiz sederhana (dibersihkan dan potong ikut selera)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 biji bawang merah (ditumbuk)
- 10 tangkai cili Padi (ditumbuk)
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- Kacang buncis 7 - 8 ulas
- Minyak masak secukupnya
- Limau nipis
- Serbuk pati ikan bilis Maggi
- Garam dan kunyit secukup rasa
Cara-cara :
- Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam
- Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
- Jika ada lebihan minyak tuangkan di dalam bekas. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
- Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya.
- Masukkan pula sotong yang telah digoreng, bawang besar dan kacang buncis. Gaulkan seketika sehingga sotong masak sepenuhnya.
- Akhir sekali tutup api dan sedia dihidangkan.
Tips :
- Boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan kobis bunga. (ikut selera)
- Memang sedap dimakan bersama dengan nasi panas. Walaupun nama resepi nya nampak berapi iaitu cili padi, tapi rasanya takdalah pedas sangat pun. Cuma rasa pedas sikit dan masam-masam sikit. Kalau korang nak pedas lagi gandakan cili padi.
Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)
0 comments:
Post a Comment