Click Here!

Wednesday, September 2, 2015

Resepi Laksa Penang Bondaku

Buat tatapan semua,
Kepada yang hantu laksa bolehlah mencuba resepi menarik,
kami kongsikan Laksa Penang Bondaku,
Sedapppppppp, slurppppppp

Disediakan : Resepi Bondaku Original
Penyediaan : 55 min
Bahan-bahan :
  • 1 Bungkus Laksa
  • 1 kg/ 6-7 ekor Ikan kembung/Ikan Sardin @ Ikan Selayang (Saya prefer Ikan Sardin @ Ikan Selayang sebab isinya banyak dan juga rasanya lebih manis. Kalau yang segar tu, tak payah tambah gula mahupun penambah perisa yang lain dah.)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ibu jari belacan
  • 1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)
  • 2-3 keping asam keping (Ikut berapa banyak kuah yang kita nak - buat itu, takut nanti terlebih masam)
  • 2 bunga kantan - dibelah 4
  • 1 ikat daun Kesum
  • Air Rebusan Ikan / Air
  • Garam
  • Penambah Perisa
Bahan hiasan (pilihan anda)
*Nak letak boleh, tak letak pun tak apa
  • Telur - dibelah dua.
  • Timun - dihiris
  • Salad/ Kobis - dihiris
  • Bawang besar - dihiris
  •  Limau kasturi - dibelah dua.
  •  Cili padi - dihiris
  •  Nenas - dipotong dadu. (Bila makan dengan laksa, rasa dia -masam-masam, manis, pedas dan Sedap)
*Ada yang suka letak Petis atau otak udang kan. Jadi boleh lah letak. Ikut selera masing2,







Cara-caranya :
  1. Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam/biasa. Kemudian, baru ikut rebuskan laksa ke atas dapur ya.
  2.  Ikan pula, kita rebus dan ambil isinya. Sebaiknya air rebusan ikan itu kita tak payah buang. Kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. Jadi kita asingkan terlebih dahulu. 
  3. Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan dan kita blend pula tulang ikan dan tapis airnya. 
  4. Kisar bawang besar, belacan dan cili kering/cili kisar bersama air rebusan ikan tadi.
  5.  Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.
  6.  Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih buat seketika. Kita masak kuah laksa dengan api yang perlahan ini supaya, kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. Tak cepat basi. 
  7.  Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.
  8.  Sudah siap. Bolehlah anda, menjamu selera. Mudah kan
  9. Jangan lupa baca Bismillahhirrohmannirahim sebelum makan. :)
Senang, mudah dan sedap
Selamat mencuba sis :)
Share dan Like page kami : RESEPI BONDAKU ORIGINAL FB
Kalau nak share Sila komen "SAYA SHARE" Mohon kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di New Feed anda.)

0 comments:

Post a Comment